Banjir's FotoPage

By: Banjir Johor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 24-Jan-2007 00:18 Email | Share | | Bookmark
Peristiwa Banjir di Johor Jan 2007

 
 
 
View all 132 photos...
Telah lebih sebulan daripada tarikh hari ini, sebahagian penduduk Johor berada dalam banjir. Masih ada beberapa kawasan yang masih belum surut di sebabkan antara lain faktor geografi dan jalan laluan air ke laut yang perlahan di samping faktor-faktor lain yang Allah lebih mengetahui.

Alhamdullillah kami diberi peluang oleh Allah untuk berkhidmat dan melihat sendiri kepayahan dan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk di beberapa buah kampung di Batu Pahat yang masih bergelumang dengan banjir sejak beberapa hari sebelum umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Korban di akhir tahun 2006.

Seramai hampir 50 sukarelawan yang di anggotai oleh 10 orang bagi setiap team, secara serentak di agihkan ke 5 buah kampung berikut :-.
1. Parit Jayus Darat yg menempatkan seramai 500 orang penduduk
2. Parit Jayus 4- 400 orang
3. Parit Hj Basri- 500 orang
4. Seri Tanjung- 135 orang
5. Seri Jagung- 150 orang

Kami hanya berkesempatan memberi khidmat kesihatan, ceramah & memasak bersama penduduk kampung terlibat. Khidmat yang tidak seberapa ini, sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan dan keringanan kepada penduduk di sana. Moga Allah memberi kesabaran dan kesedaran buat kita dan mereka yang terlibat serta meletakkan pergantungan tuntas kepadaNya di samping usaha semampu dan seadanya. Hanya Allah lebih mengetahui hikmah tersembunyi tentang fenomena dan kejadian yang berlaku ini.

Lagi foto dicapaian http://banjirjohor2.fotopages.com/

++ Abu Athifah


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net